rumahku syurgaku

rumahku syurgaku....dah biasa orang sebut macam tu.dunia seorang ibu adalah bersama anak-anaknya.melihat mereka membesar di depan mata cukup membahagiakan hati apatah lagi boleh mengenyangkan perut si anak dengan air tangannya sendiri.saat menyusukan si kecil dengan susunya sendiri merupakan moment paling indah untuk di kenang.bahagia seorang ibu adalah apabila anaknya bahagia.........

Friday, 16 December 2011

hujan...

Salam jumaat.....

pagi tadi agak sibuk menyiapkan buangkusan untuk dihantar ke masjid.sebenarnya anak2 ani ada program di masjid.dah seminggu kat sana tp malam balik tidur kat rmh jgk.tak ada yang nak jaga agaknya kalau tidur kat masjid tu....ye la urusetia pun semua dah jadi mak orang...masing2 ada komitmen jgk kat rumah kan.

tak kisah la...yang penting usaha mereka nak memberi ilmu kepada anak2 bangsa.usaha mereka ni memang wajar di puji.ani memang suka hantar anak2 ani ni join kem macam ni.tapi agak susah nak cari kem yang bayarannya padan dgn kemampuan kita.tiap kali mula cuti sekolah mmg ani ligat cari program yang boleh anak2 join.kalau xde program kat luar kena la kreatif buat program untuk diaorng ni.memang ani tak boleh tengok anak2 ani ni asyik main dari pagi sampai malam.....rasa macam membazir masa betul....

sekarang ni hampir tiap hari hujan kan.tiap malam kena basuh baju n esoknya awal2 pagi kena sidai.kalau lambat alamatnya bergayut la baju tak kering.mmmm....bila dah hujan2 ni perut pun asyik berbunyi.macam2 irama kat dalam tu kan...hihihi....pening dah memikir apa menu nak masak ni....baru habis breakfast dah kena fikir utk lunch.belum lagi lunch anak dah tanya..."umi petang ni umi buat kuih apa?".....adoooiii.....nanti la...umi x sempat kering tangan lagi ni...

sejak cuti sekolah ni ani tengok perut anak2 ani 'bulat' je...hihihi....alhamdulillah...masak lah apa pun....gerenti habis!.si kecil rania pun berselera tgk dia makan.ye la...selalu makan sorang2,sekarang ni makan ramai2.bila orang masuk dapur dia pun sibuk ambik pinggan dia....10x org masuk dapur 10x la dia makan.minggu lepas bawak rania pegi check up kat klinik...wah!!! naik dekat 2 kilo dlm masa 2 bulan....hahaha....gelak beso abah dia...

hujan turun lagi....lepas sembahyang jumaaat ni akmal dan naim habis kem.diarang balik sendiri je sbb pagi tadi pergi dengan basikal.abahnya kena keluar awal pagi tadi...risau jgk hujan ni....ok lah...ani nak pergi tunggu akmal dan naim kat depan pagar.kena bersedia nak kena dengar cerita yg diaorang bwk blk nnt.ntah berapa bakul punya cerita pun tak tahu la...memang tugas ibu ni menjadi pendengar yang baik kan....sekurang2nya dgn mendengar cerita mereka kita melatih mereka berkomunikasi dan penggunaan ayat dengan baik....

oklah...fitrah dah jerit panggil tu...apa la yang dia nak kat dapur tu.nanti kita sambung lagi ye...selamat menjamu selera.....

No comments:

Post a Comment