assalamualaikum....
dah agak lewat malam tapi mata ni tak boleh pejam....sebenarnya br tgk tv rancangan Jemputan Umrah di Astro Oasis kejap tadi.malam ni ani kalah....airmata memang tak boleh nak tahan dah.yg sebelum2 ni blh control lagi tap kali ni surender.....airmata keluar macam air paip.menitik sat persatu...lap keluar lagi...lap keluar lagi.
Allahu Akbar!!!! hebatnya kesabaran dua insan ini.sepasang suami isteri yang dianugerahkan cahayamata yang amat comel...comel sekali! tp Allah duga dengan penyakit si comel itu.si comel ni agak lincah tapi perlu dipakaikan oksigen setiap waktu.
saat menonton program ni ani merenung wajah Rania.Rania hampir sebaya dgn si comel itu.melihat Rania yg tengah nyenyak tidur,hati ni jadi sebak.Allahu Akbar!!!...Kau anugerahkan aku 4 orang cahayamata yang sempurna fizikal dan mentalnya...namun aku kurang bersyukur kepada-Mu....adakalanya aku 'terabai' kebajikan mereka....malunya aku Ya!Allah......
ibu sikecil itu sanggup melepaskan kerjayanya semata2 untuk memberi perhatian kepada anak2nya.sibapa berhempas pulas bekerja siang dan malam untuk menampung perbelanjaan seisi keluarnya.
ani pandang suami ani yang cukup nyenyak tidur di sebelah Rania.penat sungguh nampak riak wajahnya.petang tadi suami ani balik pun dah nampak yang dia amat penat tapi digagahkan juga dirinya untuk membawa kami sekeluarga keluar bersiar2 selepas maghrib tadi."kesian kat isteri abang ni....seharian penat dirumah dgn anak2.abg tahu ani pun nak juga tgk dunia luar.." jawab suami ani bila ani menolak ajakkannya untuk keluar tadi.terima kasih honey....
bila melihat sekeliling,ani rasa amat bersyukur.bersyukur sbb ani dianugerahkan anak2 yang sihat dan comel,bersyukur sbb dianugerahkan suami yang cukup penyayang dan bertimbangrasa,bersyukur sbb dgn pendapatan suami,kami tidak terlalu terdesak hingga ani perlu keluar bekerja,bersyukur sbb ani boleh menjaga,mendidik dan membesarkan anak2 ani tanpa bantuan org lain.walaupun kehidupan kami sekeluarga tidaklah terlalu senang tetapi alhamdulillah.....mencukupi dan mampu memiliki apa yang org lain miliki.Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah....syukur Ya!Allah.....